Penggunaan EM dalam pertanian dan penternakan sangat penting sebagai satu kaedah untuk menghasilkan sumber makanan organik. Terdapat segelintir petani atau penternak menggunakan bahan terlarang untuk memastikan tanaman dan ternakan mereka dapat hidup subur seterusnya mengaut keuntungan dan mengabaikan aspek kesihatan para pengguna. Dengan penggunaan EM dalam pertanian dan penternakan, bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan tidak perlu digunakan seperti baja kimia atau racun perosak. Secara tidak langsung menyediakan kita ke arah hidup yang sihat dan bebas dari pestisid.
Makanan Organik
Memiliki Antioksidan 50% Lebih Tinggi
Menurut
kajian yang dibiayai oleh Uni Eropa, buah-buahan dan sayuran organik mempunyai
50% antioksidan lebih tinggi, yang dipercaya dapat menurunkan risiko kanser dan
penyakit jantung. Makanan organik juga mengandung lebih banyak vitamin dan
mineral seperti besi dan zink. Makanan organik lebih kuat melawan kanser dan
mereka yang mengamalkan gaya hidup organik mempunyai kekebalan tubuh yang lebih
tinggi di dalam melawan penyakit, tidur lebih nyenyak, dan berat badannya lebih
ringan dari mereka yang tidak mengamalkan pemakanan organik.
Rasa yang lebih Sedap
Buah-buahan
dan sayuran organik memiliki rasa yang lebih sedap berbanding yang bukan
organik. Itulah mengapa banyak restoran terkenal menggunakan produk organik.
Pada masa sekarang, kebanyak buah-buahan dan sayuran komersil telah
dimodifikasi genetiknya (Genetically Modified Organisma) supaya kelihatan
cantik, segar, menarik dan tahan lama. Strawberi, timun, oren, bayam dan
sebagainya mungkin nampak cantik dipandang mata tetapi hakikatnya rasa tidak
sesedap yang di tanam secara organik.
Lebih Selamat Untuk
Bayi dan Anda
Kelebihan
makanan organik paling dirasai oleh bayi anda. Kebanyak bayi dilahirkan
bersama-sama 200 zat yang mengandung toksin dan karsinogen dalam tubuhnya. Pada
usianya mencapai umur 2 tahun, sebagian besar kadar toksin mencapai tahap yang
mematikan. Dengan memberi makanan organik kepada anak anda, ia akan
menurunkan jumlah karsinogen dalam darah bayi anda hingga hanya 1/6 bahagian
berbanding sekiranya anda memberikan mereka makanan tak organik. Ini mampu
mengelakkan anak dan bayi anda dari mgnalami penyakit yang berleluasa sekarang
ini.
Radiasi
Pernah
tak anda lihat bahawa sayur-sayuran organik yang terdapat di supermarket atau
pasaraya besar cepat dan mudah busuk berbanding sayur-sayuran bukan organik?
Sebabnya adalah kerana sebahagian besar makanan tersebut disinarkan radiasi
bagi membunuh bakteria dan mengawet makanan tersebut supaya lebih segar lebih
lama. Tetapi ia juga akan mengubah struktur dan daya hidup makanan tersebut.
Beberapa kaedah digunakan samada memancarkan tenaga elektron, atau sinar X. Oleh
itu salah satu keuntungan makanan organik adalah masih memiliki daya hidup
(life force). Biji organik yang masih mentah boleh tumbuh bila disemai, tetapi
biji yang sudah dimasak dan diradiasi tidak dapat tumbuh menjadi tanaman baru.
Itulah yang dkatakan sebagai daya hidup.
Modifikasi Organisma
Gentik Yang Dirahsiakan
Makanan
yang dihasilkan dari modifikasi genetik (Genetically Modified Organisme) dapat
menimbulkan alergi dan menurunkan sistem kekebalan tubuh.
Haiwan Ternakan
Organik Lebih Sihat
Daging,
ikan dan ayam organik adalah lebih menyehatkan untuk anda. Peternakan dan
peladang organik tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, hormon pertumbuhan
atau antibiotik. Antibiotik dan hormon pada ternakan non-organik tidak hanya
mempengaruhi haiwan ternak yang memakannya. Antibiotik dan hormon ini akan
berkumpul didalam jaringan sistem tubuh haiwan tersebut (terutama di jaringan
lemak). Haiwan yang berada pada posisi teratas rantai makanan akan memiliki
kadar tertinggi dari bahan kimia tersebut. Lembu dan ayam akan menyimpan
sebagian besar bahan tambahan yang pernah dimakannya (secara langsung atau
tidak langsung). Haiwan ternakan yang diternak diberi sejumlah besar ikan (yang
sudah terkena pencemaran), atau makanan yang sudah disembur racun makhluk perosak.
Salah
satu kelebihan makanan organik adalah bahwa penternakan organik memperlakukan
haiwan ternak mereka dengan lebih baik. Mereka mengutamakan kesejahteraan
haiwannya seperti kawasan ternak yang luas bebas, air minuman yang bersih
sehingga binatang ternak tersebut menjadi lebih sehat.
Mesra Alam
Pertanian
dan penternakan organik sangat baik untuk alam sekitar. Kaedah pertanian
konvensional menyebabkan pengikisan tanah dan menggunakan racun dan bahan kimia
berbahaya, yang hanya akan hilang setelah berabad-abad. Sebagai contoh DDT
meskipun nampak tidak berbahaya tetapi sangat buruk untuk kesihatan anda.
Meskipun bahan ini telah dilarang selama beberapa tahun belakangan ini, tetapi
kenyataannya DDT tetap ditemukan hampir di seluruh air, manusia dan haiwan di
dunia. Salah satu keuntungan makanan organik adalah dengan membelinya dapat
memberikan pengaruh positif untuk alam sekitar, serta haiwan dan manusia yang
hidup di dalamnya.
Marilah kita bergerak ke arah masyarakat organik.
No comments:
Post a Comment