Mikroorganisma
efektif ( EM) mula diperkenalkan 25 tahun lalu oleh Dr. Teruo Higa, seorang
profesor Hortikultur daripada Jepun. EM dan mikroorganisma berguna dihasilkan
daripada bahan yang biasa digunakan dalam industri makanan melalui proses
penapaian. EM sangat efektif untuk mengdegridasikan bahan-bahan organik dan
telah digunakan lebih dari 150 buah negara.
Prinsip-prinsip penggunaan EM adalah untuk
meningkatkan tahap kesihatan manusia, memberikan faedah ekonomi, mudah
digunakan, mesra alam dan produktiviti yang berkualiti. Terdapat tiga (3) jenis
mikroorganisma EM yang utama :
- Bakteria Asid Laktik - Bakteria asid laktik merembeskan asid laktik daripada gula dan karbohidrat yang dihasilkan oleh yis dan bakteria fototrofik. Makanan seperti yogurt dan jeruk sudah lama dibuat dengan menggunakan bakteria ini. Asid laktik adalah agen pensterilan kuat yang boleh membunuh mikroorganisma patogen dan meningkatkan kadar pengkomposan bahan organik termasuk lignin dan selulosa.
- Bakteria Fototrofik - Bakteria fototrofik boleh hidup berdikari. Ia memproses bahan dari lelehan akar, bahan organik dan gas berbahaya seperti hidrogen sulfat dengan menggunakan cahaya sebagai punca tenaga. Antara substrat-substrat berguna yang dirembeskan adalah asid amino, asid nukleik, bahan bioaktif dan gula. Bahan buangan bakteria fototrofik boleh diserap terus oleh tumbuhan dan merangsang pertumbuhan bakteria berguna.
- Yis / Ragi - Yis atau ragi mensintesis antimikrobial dan substrat-substrat seperti asid amino dan gula yang dihasilkan oleh bakteria fototrofik, bahan-bahan organik dan lelehan akar. Bahan bioaktif seperti hormon dan enzim yang dihasilkan oleh yis akan membantu mencepatkan pertumbuhan sel pokok dan akar serta mikroorganisma-mikroorganisma EM yang lain.
Mikroorganisma
mengawal dan menentukan sesuatu tanah itu samaada ke arah
kebaikan(regeneration) ataupun keburukan(degeneration) yang boleh mengakibatkan
ketidaksuburan, penyakit, pencemaran ataupun hakisan.Tanah regenerasi atau yang
mengandungi banyak bakteria berfaedah menyumbang kepada perkembangan tumbuhan,
kesihatan, hasil yang tinggi serta bebas penyakit dan serangga.Tanah tetap
menjadi sihat tanpa perlunya tambahan bahan kimia pertanian. Sebaliknya berlaku
apabila tanah di dominasi oleh bakteria patogen ataupun degenerasi. Dalam kes
ini, keseimbangan mikroflora tanah tidak stabil dan bakteria yang menyebabkan
penyakit mengambil alih ekosistem tanah.Tanah yang menggunakan bahan kimia
pertanian seperti baja kimia ataupun racun kimia adalah tergolong dalam jenis
ini (degenerasi) dimana kesuburan tanah menjadi buruk dan tanaman menjadi lemah
serta mudah terdedah kepada penyakit yang disebabkan bakteria patogen.Dengan
menambah bakteria berfaedah(EM), serta kehadiran bakteria berfaedah yang sedia
ada dalam tanah, keseimbangan tanah dapat ditukar ke arah yang positif dan baik
untuk perkembangan dan kesihatan tanaman.
Mengawal
mikroflora dalam tanah dengan menukar dominasi kepada mikroorganisma berfaedah
dapat memperbaiki dan mengekalkan sifat fizikal dan kimia tanah. Rawatan secara
berkala dengan menambah bahan organik secara berjadual adalah penting bagi
mencapai tahap yang optimum.
Banyak
kajian dijalankan dengan menambah kultur iaitu satu jenis bakteria yang memang
bagus dalam tanah atau biarpun mengambil mikrob dari tanah asal, di kulturkan
di makmal dan diaplikasikan kembali ke dalam tanah dengan populasi yang tinggi
namun masih gagal mengubah mikroflora tanah kepada yang dikehendaki. Ini
disebabkan persaingan dan antaginis efek dari pelbagai mikrob dalam tanah yang
menyebabkan jumlahnya berkurangan dan mati.
Dengan itu, menukar " mikrobiologikal equilibrium"tanah dengan
menggunakan bakteria yang berfaedah menjadi amat penting kepada tanah untuk
pembesaran tanaman,meningkatkan hasil tanaman dan kesihatan tanaman dan adalah
lebih baik dengan menggunakan EM(efektif mikrob)gabungan banyak bakteria
yang secara fisiologi dan analogi bekerjasama dan berfaedah antara satu
sama lain.
Kekerapan rawatan bergantung kepada jenis tanah dan untuk mewujudkan persekitaran EM ini, masa adalah berbeza
sebelum set tanah baru ini dicapai. Setelah set tanah baru ini
tercapai,mikroflora tanah terus berkekalan dan EM tidak perlu diberi kecuali
terjadinya banjir atau sehingga tiadanya bahan organik dalam tanah. Pemberian
EM kepada tanah adalah lebih baik disusuli dengan pemberian kompos atau bahan
organik bagi mengekalkannya. Perlu diingatkan,pemberian EM adalah berkesan
dengan kehadiran bakteria gram+ yang mengeluarkan antibiotik dan banyak
fungsinya termasuk fakultatif anaerobs, obligat aerobs. asidopilik dan
alkalopilik bakteria yang banyak didapati dari fermentasi dedak/sisa padi,ikan
dan sebagainya. Jadi, pemberian baja kompos dan rawatan sebelum tanaman bermula
adalah terbaik dan kebarangkalian set tanah baru ini tercapai adalah lebih
tinggi.
No comments:
Post a Comment